Selasa, 8 Mei 2012

tolong...


aku tak tahu kenapa dengan aku dua tiga hari ni,,asyik nak bergaduh je dengan mak ayah aku,,ada je yang tak kena bila mak ayah aku cakap,,apa yang mak ayah aku cakap cepat je aku nak membantah atau balas balik,,sampai ayah aku cakap "apa yang ayah cakap semuanye tak betul,ayah fikir jangka masa panjang"......hurmmm...sejujurnye aku pun tak suka dengan apa yang aku buat atau cakap dekat mak ayah aku tapi aku tak tahu kenapa mulut aku ni cepat je nak menjawab atau balas balik apa yang mak ayah aku cakap......

aku rasa aku jadi macam ni sebab aku dah penat jadi tukang dengar masalah orang....kekadang tu aku pelik juga dengan perangai mak ayah aku,,dia orang tak suka abang ipar aku tapi tak nak pula bersemuka dengan akak aku dan cakap "mak dan ayah tak berapa minat dengan perangai laki kau"....tapi apa yang dia orang buat just bergaduh sesama sendiri dan luahkan perasaan masing-masing sesama sendiri.....

sebenarnye perangai abang ipar aku tak adalah teruk,,dia pattern yang "cakap tak serupa bikin" tu je....mak ayah aku tak suka lah sebab banyak benda yang dia janji tapi habuk pun tak ada.....

masalahnye sekarang aku dan adik-adik aku yang jadi mangsa dengar mak ayah aku berleter pasal akak dan abang ipar aku,,yang akak aku life dia mantain je sebab dia pun tak tahu apa yang terjadi dekat rumah,,apa yang mak ayah bincangkan dekat rumah.....






aku sedar yang aku ni belum cukup besar untuk bersuara dalam rumah ni sebab aku pun tak ada apa-apa nak dibandingkan abang dan akak aku yang masing-masing dah berjaya.....tapi mak dan ayah tak sedar ke apa yang mak ayah buat ni akan beri kesan kepada aku....aku pun akan kahwin satu hari nanti and aku pun tak tahu siapa jodoh aku,,ditakdirkan suami aku tu lebih kurang perangai macam laki akak aku dan mak ayah aku tak setuju,,tak ke nanti akan keluar statement "aik,dulu masa akak mak ayah tak cakap apa pun,masa akak mak ayah tak ada pun bantah macam ni,masa akak lepas kawin mak ayah tak ada pun mintak tolong,masa akak mak ayah tak ada pun nak berleter depan dia".....

aku takut apa yang berlaku sekarang akan buat aku lebih kuat untuk melawan balik....aku tahu mak ayah buat semua ni sebab nak jaga hati akak tapi akak aku pattern "kena bagi tahu" kalau tak bagi tahu dia buat tak tahu je memanjang sebab dia fikir tak ada masalah yang timbul padahal setiap malam mak ayah bergaduh pasal perangai laki dia....hurmmm......

dan sekarang apa yang aku buat just diamkan diri,,apa nak jadi jadilah,,aku tak masuk campur,,mak ayah nak bergaduh atau berleter pasal perangai abang ipar aku tiap-tiap malam pun aku tak kisah sebab bila difikir balik itu sahaja jalan terbaik untuk mak ayah aku lepaskan tekanan dan untuk akak aku pula,,nak buat macam mana kalau dia dah suka lagipun itu laki dia bukan laki aku.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan