Isnin, 7 Mei 2012

tingkatan enam!


sekarang semua budak lepasan spm tengah sibuk layari laman web rasmi JPT sebab nak tahu dia orang dapat ke tak masuk universiti...tahniah lah kepada siapa yang dapat melanjutkan pelajaran ke universiti,,bagi yang tak dapat tu janganlah pulak kecil hati sebab politeknik masih ada lagi.....tengok budak-budak ni aku teringat masa zaman aku dulu (sebenarnye tak delah lama sangat,,2 tahun sebelum je)sibuk memanjang,,tepon member ni,,mesej member tu sebab nak tanya dapat masuk 'u' ke tak.....



hurmm....aku sebenarnye tak dapat masuk 'u' macam member-member aku yang lain.frust?tipulah kalu aku kata aku tak frust,,tuhan je tahu macam mana aku menangis sorang-sorang tengah malam.....hati masa tu memang dah hancur giler....result spm aku pun sederhana je (tapi aku bukan kategori bodoh!),,padahal ada orang yang result lagi teruk dari aku pun dapat masuk 'u',,tu yang buat hati aku lagi sakit!....

dengan hati yang hancur,,aku pun daftar ke tingkatan 6 bawah.masa tu dah tak terfikir pun pasal politeknik sebab hati dah remuk giler....seminggu orientasi tingkatan 6,,then semua pelajar masuk ke kelas masing-masing,,bermula lah perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar lagi....lepas 2 minggu di tingkatan 6,,semakan ke politeknik pun keluar and macam biasa aku dan member-member aku yang tak dapat masuk 'u' kembali sibuk melayari laman web JPT....ramai jugaklah member aku yang dapat masuk politeknik dan aku salah seorang darinya....



tengah-tengah happy sebab at least aku dapat masuk poly tetibe aku dapat tahu yang aku ditempatkan ke politeknik mukah,sarawak!SARAWAK!!masa tu baru aku tahu apa maksud ayat "batu besar terhempas di dada".....perghhhh....sakitnye memang tak terkata lah...untuk seketika aku rasa diri aku ni macam tak berguna langsung,,senang cerita bodoh giler lah...

adik beradik aku ada 6 orang,,aku anak no.4 dan perbezaan umur antara no.3 dan no.4 ialah 7 tahun,,so 3 atas selang setahun dan 3 bawah selang setahun,,masa aku lepas spm abang-abang dan akak aku semua dah kerja so dia orang pun berhak dalam mengatur hidup aku.....dalam situasi macam ni,,pendapat dari pelbagai pihak amat diperlukan,,tapi,,bukan sahaja pendapat yang aku terima.bebelan-bebelan dari pelbagai pihak pun aku terima....



ayah:aen,fikir masak-masak apa aen nak buat sekarang...
mak:result kalau cukup-cukup makan macam ni memang susah...
along:tulah kau,,belajar bodoh,,habis sekarang macam mana?
angah:kau buat rayuan lagi...
kakak:tak kan semua benda aku nak kena tolong?

tekanan perasaan yang terlampaulah masa tu.tapi nasib baik lah aku ni pandai pendam perasaan so dia orang pun tak tahu aku sedih ke apa,,tiap-tiap malam aku nangis,,dunia ni rasa macam gelap tapi dalam masa yang sama aku tetap belajar di tingkatan 6....

ayah:yang ayah tahu kau mesti sambung belajar,,kau nak kemana kalau tak sambung belajar
mak:kau nak ke nanti jadi orang gaji dekat rumah along,angah,kakak

selepas berfikir,,menangis dan meratapi nasib.family aku buat keputusan yang aku patut teruskan je tingkatan 6....dan aku just ikutkan sahaja...

along:ni peluang terakhir kau,,kalau ni pun kau kantoi,,habislah hidup kau

abang aku pun bagi cadangan lepas tingkatan 6 nanti,,kau try masuk upsi and jadi cikgu....mula-mula memang aku ikutkan sahaja apa yang family aturkan...tapi bila dah masuk tiga empat bulan lepas tu aku dah mula sedar yang tingkatan 6 ni okay pe...jimat pun jimat,,belajar tak stress sangat,,kerja pun tak banyak.lama kelamaan aku dah mula boleh terima tingkatan 6 ni...

dan sekarang aku di tingkatan 6 atas dan hujung tahun ni aku habis belajar,,nak dibandingkan dengan budak 'u',,dia orang habis tahun depan,,secara tak langsung aku dah jimat setahun dari hidup aku dan result stpm pun setaraf dengan diploma....jujur kata aku dah suka tingkatan 6 dan aku akan sentiasa berusaha supaya result tingkatan 6 terbaik...sekarang pun aku dah ada pesaing dalam kelas and i will make sure yang aku akan kalah kan dia...hehehe



so,,kepada sesiapa yang tak dapat masuk 'u' tu jangan sedih-sedih kau orang boleh join tingkatan 6!


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan