Selasa, 8 Mei 2012

tolong...


aku tak tahu kenapa dengan aku dua tiga hari ni,,asyik nak bergaduh je dengan mak ayah aku,,ada je yang tak kena bila mak ayah aku cakap,,apa yang mak ayah aku cakap cepat je aku nak membantah atau balas balik,,sampai ayah aku cakap "apa yang ayah cakap semuanye tak betul,ayah fikir jangka masa panjang"......hurmmm...sejujurnye aku pun tak suka dengan apa yang aku buat atau cakap dekat mak ayah aku tapi aku tak tahu kenapa mulut aku ni cepat je nak menjawab atau balas balik apa yang mak ayah aku cakap......

aku rasa aku jadi macam ni sebab aku dah penat jadi tukang dengar masalah orang....kekadang tu aku pelik juga dengan perangai mak ayah aku,,dia orang tak suka abang ipar aku tapi tak nak pula bersemuka dengan akak aku dan cakap "mak dan ayah tak berapa minat dengan perangai laki kau"....tapi apa yang dia orang buat just bergaduh sesama sendiri dan luahkan perasaan masing-masing sesama sendiri.....

sebenarnye perangai abang ipar aku tak adalah teruk,,dia pattern yang "cakap tak serupa bikin" tu je....mak ayah aku tak suka lah sebab banyak benda yang dia janji tapi habuk pun tak ada.....

masalahnye sekarang aku dan adik-adik aku yang jadi mangsa dengar mak ayah aku berleter pasal akak dan abang ipar aku,,yang akak aku life dia mantain je sebab dia pun tak tahu apa yang terjadi dekat rumah,,apa yang mak ayah bincangkan dekat rumah.....






aku sedar yang aku ni belum cukup besar untuk bersuara dalam rumah ni sebab aku pun tak ada apa-apa nak dibandingkan abang dan akak aku yang masing-masing dah berjaya.....tapi mak dan ayah tak sedar ke apa yang mak ayah buat ni akan beri kesan kepada aku....aku pun akan kahwin satu hari nanti and aku pun tak tahu siapa jodoh aku,,ditakdirkan suami aku tu lebih kurang perangai macam laki akak aku dan mak ayah aku tak setuju,,tak ke nanti akan keluar statement "aik,dulu masa akak mak ayah tak cakap apa pun,masa akak mak ayah tak ada pun bantah macam ni,masa akak lepas kawin mak ayah tak ada pun mintak tolong,masa akak mak ayah tak ada pun nak berleter depan dia".....

aku takut apa yang berlaku sekarang akan buat aku lebih kuat untuk melawan balik....aku tahu mak ayah buat semua ni sebab nak jaga hati akak tapi akak aku pattern "kena bagi tahu" kalau tak bagi tahu dia buat tak tahu je memanjang sebab dia fikir tak ada masalah yang timbul padahal setiap malam mak ayah bergaduh pasal perangai laki dia....hurmmm......

dan sekarang apa yang aku buat just diamkan diri,,apa nak jadi jadilah,,aku tak masuk campur,,mak ayah nak bergaduh atau berleter pasal perangai abang ipar aku tiap-tiap malam pun aku tak kisah sebab bila difikir balik itu sahaja jalan terbaik untuk mak ayah aku lepaskan tekanan dan untuk akak aku pula,,nak buat macam mana kalau dia dah suka lagipun itu laki dia bukan laki aku.....


Isnin, 7 Mei 2012

tingkatan enam!


sekarang semua budak lepasan spm tengah sibuk layari laman web rasmi JPT sebab nak tahu dia orang dapat ke tak masuk universiti...tahniah lah kepada siapa yang dapat melanjutkan pelajaran ke universiti,,bagi yang tak dapat tu janganlah pulak kecil hati sebab politeknik masih ada lagi.....tengok budak-budak ni aku teringat masa zaman aku dulu (sebenarnye tak delah lama sangat,,2 tahun sebelum je)sibuk memanjang,,tepon member ni,,mesej member tu sebab nak tanya dapat masuk 'u' ke tak.....



hurmm....aku sebenarnye tak dapat masuk 'u' macam member-member aku yang lain.frust?tipulah kalu aku kata aku tak frust,,tuhan je tahu macam mana aku menangis sorang-sorang tengah malam.....hati masa tu memang dah hancur giler....result spm aku pun sederhana je (tapi aku bukan kategori bodoh!),,padahal ada orang yang result lagi teruk dari aku pun dapat masuk 'u',,tu yang buat hati aku lagi sakit!....

dengan hati yang hancur,,aku pun daftar ke tingkatan 6 bawah.masa tu dah tak terfikir pun pasal politeknik sebab hati dah remuk giler....seminggu orientasi tingkatan 6,,then semua pelajar masuk ke kelas masing-masing,,bermula lah perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar lagi....lepas 2 minggu di tingkatan 6,,semakan ke politeknik pun keluar and macam biasa aku dan member-member aku yang tak dapat masuk 'u' kembali sibuk melayari laman web JPT....ramai jugaklah member aku yang dapat masuk politeknik dan aku salah seorang darinya....



tengah-tengah happy sebab at least aku dapat masuk poly tetibe aku dapat tahu yang aku ditempatkan ke politeknik mukah,sarawak!SARAWAK!!masa tu baru aku tahu apa maksud ayat "batu besar terhempas di dada".....perghhhh....sakitnye memang tak terkata lah...untuk seketika aku rasa diri aku ni macam tak berguna langsung,,senang cerita bodoh giler lah...

adik beradik aku ada 6 orang,,aku anak no.4 dan perbezaan umur antara no.3 dan no.4 ialah 7 tahun,,so 3 atas selang setahun dan 3 bawah selang setahun,,masa aku lepas spm abang-abang dan akak aku semua dah kerja so dia orang pun berhak dalam mengatur hidup aku.....dalam situasi macam ni,,pendapat dari pelbagai pihak amat diperlukan,,tapi,,bukan sahaja pendapat yang aku terima.bebelan-bebelan dari pelbagai pihak pun aku terima....



ayah:aen,fikir masak-masak apa aen nak buat sekarang...
mak:result kalau cukup-cukup makan macam ni memang susah...
along:tulah kau,,belajar bodoh,,habis sekarang macam mana?
angah:kau buat rayuan lagi...
kakak:tak kan semua benda aku nak kena tolong?

tekanan perasaan yang terlampaulah masa tu.tapi nasib baik lah aku ni pandai pendam perasaan so dia orang pun tak tahu aku sedih ke apa,,tiap-tiap malam aku nangis,,dunia ni rasa macam gelap tapi dalam masa yang sama aku tetap belajar di tingkatan 6....

ayah:yang ayah tahu kau mesti sambung belajar,,kau nak kemana kalau tak sambung belajar
mak:kau nak ke nanti jadi orang gaji dekat rumah along,angah,kakak

selepas berfikir,,menangis dan meratapi nasib.family aku buat keputusan yang aku patut teruskan je tingkatan 6....dan aku just ikutkan sahaja...

along:ni peluang terakhir kau,,kalau ni pun kau kantoi,,habislah hidup kau

abang aku pun bagi cadangan lepas tingkatan 6 nanti,,kau try masuk upsi and jadi cikgu....mula-mula memang aku ikutkan sahaja apa yang family aturkan...tapi bila dah masuk tiga empat bulan lepas tu aku dah mula sedar yang tingkatan 6 ni okay pe...jimat pun jimat,,belajar tak stress sangat,,kerja pun tak banyak.lama kelamaan aku dah mula boleh terima tingkatan 6 ni...

dan sekarang aku di tingkatan 6 atas dan hujung tahun ni aku habis belajar,,nak dibandingkan dengan budak 'u',,dia orang habis tahun depan,,secara tak langsung aku dah jimat setahun dari hidup aku dan result stpm pun setaraf dengan diploma....jujur kata aku dah suka tingkatan 6 dan aku akan sentiasa berusaha supaya result tingkatan 6 terbaik...sekarang pun aku dah ada pesaing dalam kelas and i will make sure yang aku akan kalah kan dia...hehehe



so,,kepada sesiapa yang tak dapat masuk 'u' tu jangan sedih-sedih kau orang boleh join tingkatan 6!


















Sabtu, 5 Mei 2012

berubah?





hari khamis yang lepas aku terdengar member aku berbual (malay and indian),,they keep talking about seorang mamat ni....actually,,mamat ni suka dekat member aku (malay).....salah satu statement yang buat aku tergelak ialah bila member aku cakap "dia dah berubah,dia tahu dulu dia jahat,dulu dia hisap rokok sekarang dia dah tak hisap rokok lagi"...and me like "WHATTT???" that you call change?..

then,bila naik kelas member aku tanya.."aen,kau rasa macam mana?"...and me like,,sebagai kawan better kau tak payah tanya pendapat aku,,sebab aku rasa kau lagi tahu jawapannye....nanti bila aku bagi pendapat aku otak kau lagilah pusing sebab dah banyak sangat benda nak dipertimbangkan....


is this true?
okay bagi kau orang lah,,boleh ke kita anggap seseorang itu berubah dari jahat kepada baik bila dia dah berhenti rokok?bagi aku is NO!...mana boleh semua yang hisap rokok tu jahat and berhenti rokok menjadikan kita baik...ye ke?memang berhenti rokok tu satu perbuatan yang baik tapi ada kemungkinan ke kalau seseorang tu berhenti rokok dia terus sembahyang lima waktu,,tak pernah miss pun....dan orang yang hisap rokok tak pernah cukup sembahyangnye...manalah boleh kita sebagai manusia buat andaian macam tu.....

kalau betul pun semua orang yang hisap rokok tu jahat,,maknanya family or kawan kau orang yang hisap rokok pun dalam kategori jahat lah....eventhough,,dia ayah kau orang,,abang kau orang or maybe kawan baik kau orang sendiri? macam tu?hurmm...tak sangka hanya disebabkan sebatang rokok kau orang boleh anggap orang yang penting dalam hidup anda dalam kategori jahat padahal selama ni dia orang yang selalu ada dengan anda.....

sebenarnye aku bukanlah nak sokong sangat orang yang hisap rokok ni,,sejujurnya aku pun tak suka bila orang hisap rokok but we cant change that,,rokok tu dah jadi macam darah daging dia orang....ayah aku merokok,,abang aku merokok dan kawan-kawan aku pun ada yang merokok...aku tak akan buang dia orang semua dalam hidup aku semata-mata aku tak suka orang merokok....what i can said that dia orang adalah yang terbaik dalam hidup aku walaupun dia orang merokok and its will never change!.....

back to the story,,ada juga orang yang tak merokok tapi jahat...contoh menipu,,tu pun dalam kategori jahat jugak kan?so dont judge a book by its cover.....bagi aku berubah tak semestinya bila kita berhenti merokok dan itu bukan alasan untuk kita dipanggil berubah....kalau tak berhenti merokok pun orang boleh berubah dan perkataan 'berubah' bukan bermaksud berubah luaran sahaja tetapi dalaman pun sama....tak guna luaran baik or sempurna tapi dalaman hitam macam bontot kuali!....

so please,,jangan jadikan berhenti merokok sebagai alasan berubah kearah kebaikan...